Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ .
Hari Sukan Negara juga akan di peringkat sekolah. Justeru itu, murid-murid tahun 4 hingga 6 perlu hadir pada hari 13.10.2018(Sabtu). Aktiviti ini akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Ibu bapa diminta menghantar anak ke sekolah dan membawa anak pulang pada masa tersebut. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Recent Comments